<width>40</width>
<height>60</height>
<description><![CDATA[Assalamualaikum wbt..
Salam sejahtera kepada semua pengunjung setia pmmm-andalusy ke laman fotopages ini.sejuta kemaafan diminta kerana sudah lama tidak aktif berikutan perubahan peredaran zaman dan masalah yang tidak dapat dijangka.
Disini Biro Penerbitan Dan Dokumentasi menyajikan kepada Warga pmmm khususnya dan Pengunjung lain amnya mengenai satu program sulung persatuan iaitu Hari Malaysia 2008..
Program Ini merupakan usahasama Persatuan Mahahsiswa Malaysia di Maghribi dengan pihak Kementerian Pengajian Tinggi di Malaysia serta beberapa pihak yang berbesar hati menyokong padu program ini.terima kasih kepada syarikat PETRONAS,Al-kauthar dan Pihak MSD kaherah.
Objektif Program ini diadakan tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memperkenalkan Keaslian Malaysia kepada masyarakat arab di Maghribi.Di samping Mengeratkan Ukhuwah Islamiah sesama ummah.
Program yang berlangsung selama dua hari ini amat meriah sekali dan mendapat pujian serta sambutan yang amat menggalakkan.Hal ini tidak lain sepatutnya layak mendapat penghargaan kepada semua pihak itu sendiri.tahniah!!...Program ini diisi dengan Pelbagai acara dalam dan luar dewan.Antaranya seperti:-
Persembahan dikir barat,Zapin,Seni silat,Nasyid klasik dan kontemporari.manakala acara luar dewan pula dipenuhi dengan jualan barangan buatan Malaysia seperti makanan,pakaian dan sebagainya.Selain itu juga,turut di persembahkan permainan tradisional masyarakat Malaysia seperti congkak,Gasing,Batu seremban,sepak raga, dan banyak lagi.
Pengalaman mengadakan program seperti ini membuatkan masyarakat arab serta masyarakat melayu itu sendiri menanamkan sifat patriotik serta semangat cintakan negara itu berkobar-kobar.Bahkan menjadikan Kita semakin sayangkan keluarga,negara lebih lebih lagi menuntut ilmu disini..insyaAllah...
 8-)  8-) ]]></description>
<description><![CDATA[Hari/Tarikh	: Sabtu, 02 Jun 2007
Masa		: 4.00 ptg hingga 6.00 ptg
Tempat	: Kediaman Rasmi Duta Besar Malaysia 
		  No.14, Zanbat Tadili
  Soussi, Rabat
			  (berhampiran Kedutaan Iran)
baru baru ini pihak kedutaan sekali lagi telah mengadakan program yang wajib disambut seluruh warga malaysia di morocco samada ahli pmmm sendiri mahupun rakyat malaysia yang berada disini.program yang dianjurkan oleh tuan yang terutama sendiri telah mendapat banyak sokongan dari semua pihak dan secara tidak langsung ini merupakan program yang kedua bagi pihak tuan yang terutama sendiri yang baru sahaja tiba bagi menggantikan duta yang lama.hari keputeraan dbp yang dipertuan agong baru-baru ini cukup memuaskan para pelajar khususnya kerana dapat beramah mesra bersama ahli korporat dan tuan yang terutama sendiri.antara foto-foto yang biro penerbitan ambil,berikut adalah antara foto-foto yang menarik buat tatapan semua.
<description><![CDATA[Program : SEMINAR PROTOKOL DAN KESETIAUSAHAAN
TEma : Ke Arah Mahasiswa Beretika dan Berprotokol.
Anjuran: Biro Helwi.
Tarikh: 29 April 2007
Tempat : Kedutaan Besar Malaysia di Maghribi
Biro Helwi merupakan sebuah biro yang ditubuhkan dalam organisasi Persatuan Mahasiswa Malaysia di Maghribi bagi mengendalikan dan menjalankan setiap aktiviti yang berkaitan dengan mahasiswi Malaysia yang ada di Maghribi ini.
Biro Helwi telah merangka satu Seminar Protokol dan Kesetiausahaan yang mana program ini dilaksanakan sebagai satu titik tolak kepada mahasiswa dan mahasiswi Malaysia di Maghribi untuk menaik taraf peribadi mereka semua ke arah satu lagi tahap yang membanggakan semua pihak.
Program yang bertempat di Kedutaan Besar Malaysia ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kalangan mahasiswa.
<description><![CDATA[Assalamualaikum w.b.t.Kepada Ahli PMMM khususnya dan pelawat fotopages ini amnya,Semoga Ceria Selalu.. Kali ini kami memaparkan gambar-gambar sekitar kepulangan pelajar yang telah tamat pengajiannya di sini.Semoga mereka dapat terus mencurahkan bakti kepada anak bangsa di tanah air kita.
Doakan mereka,doakan kita bersama.
<description><![CDATA[Program : Spring Intellectual Village
Tema : Membina generasi Terbilang
Anjuran : Biro Pendidikan dan Ekonomi.
Tarikh : 01, 02 dan  03 April 2007                                                     
Tempat :Dewan Brada’ah, Mohammadia
Biro Pendidikan PMMM adalah sebuah biro yang diamanahkan bagi membantu meningkatkan tahap intelektual para pelajar Malaysia di Maghribi berteraskan ajaran Islam yang syumul agar sekembalinya mereka ke tanah air nanti membawa bekalan ilmu yang penuh di dada. Berpaksi dari intipati ini, maka sekali lagi Biro Pelajaran meneruskan usahanya dengan menjana sebuah lagi program; Spring Intellectual Village (SIV) ataupun dikenali sebagai Perkampungan Intelek Musim Bunga. 
Program berbentuk ‘ala mukhayyam’ yang kali ketiga dianjurkan ini khusus bagi melengkapkan misi dan visi para mahasiswa-mahasiswi PMMM di dalam membawa tasawwur Islam dengan lebih intelek di samping membentuk mahasiswa muslim yang berinovasi, elastik, dan proaktif. Di samping itu, pemilihan tema pada tahun ini; Membina generasi Terbilang membawa segunung harapan kepada para mahasiswa dan mahasiswi di dalam membuat pelbagai persediaan demi menjayakan dimensi baru umat Islam kini. 
<description><![CDATA[Assalamualaikum Warahmatullah...
Untuk pengetahuan ahli PMMM semua, Ustaz Ahmad A'toa' telah bertolak ke Casablanca pada hari ini sebelum berangkat pulang ke Malaysia. Beliau telah bertolak dari Kenitra pada jam 6.30 petang tadi ke Casablanca dan akan pulang ke Malaysia pada hari esok, 10 Februari 2007.
Kita mendoakan agar beliau selamat pulang ke Malaysia.
Semoga kenangan dan pengalaman kita bersamanya tidak dilupakan. ]]></description>
<description><![CDATA[Syawal tiba lagi,Ramadhan menangis pergi.  Sempena Aidifitri yang mulia, Biro Kebajikan dengan jayanya mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya bertempat di Villa Abou Temmam,Kenitra. Majils yang mendapat tajaan dari Syarikat Al-Kauthar dan Yayasan Pahang itu bermula dengan ucapan Presiden PMMM, seterusnya ucapan En Azri bin yacob,Ketua Canseri Kedutaan Malaysia dan di serikan lagi dengan  paduan suara kumpulan nasyid PMMM yang mendendangkan beberapa buah lagu raya. Sambutan turut dimeriahkan dengan kedatangan hampir semua ahli PMMM , pihak kedutaan dan sahabat-sahabat dari Indonesia dan Thailand. Di tutup dengan ucapan hari raya daripada wakil kedutaan dan  wakil pelajar dari setiap wilayah dan sesi bergambar bersama pegawai kedutaan dan ahli PMMM.
Selain daripada itu, Ahli PMMM juga telah di jemput untuk memeriahkan  Rumah Terbuka yang di buat oleh Pangeran Brunei.
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. 
Untuk pengetahuan para pengunjung fotopages ini,sempena memperingati penurunan wahyu kepada Baginda Rasulullah , Biro Rohani  telah menjayakan sebuah majlis Forum Nuzul Quran dan Majlis Berbuka Puasa bertempat di Rumah Wawasan,Kenitra. 
Forum yang bermula  selepas asar itu dipengerusikan oleh saudara Ahmad Kamil bersama dua orang ahli panel Saudara Nur Muhammad Hadi dan Muhamad Salimi dengan tajuk yang diberi Generasi Al-Quran. Program seterusnya disambung  dengan berbuka puasa dan sembahyang fardhu beramai-ramai seterusnya di ikuti dengan ucapan Ustaz Khairul dari Yayasan Pahang dan En Shahrul Az Zemi,setiausaha ke-3 Kedutaan Malaysia. Majlis ditutupi dengan sembahyang Isyak berjamaah dan tarawikh berimamkan saudara Felza Zulmusaad.
<description><![CDATA[Assalamualaikum Warahmatullah..
Sebahagian gambar ketika berlangsung Al-Ayyam Ath-Thaqafiah 5 di penghujung musim panas baru-baru ini...
Cuti panjang  musim panas ini ditutupi dengan program yang dijayakan oleh Biro Pendidikan di beri nama  Al-Ayyam Ath-Thaqafiah 5. Aktiviti persatuan  tersebut telah diadakan di Villa Abou Temmam,Kenitra. Program yang masuk tahun ke – 5 ini, mendapat sambutan hampir semua ahli PMMM  bertemakan Tarbiah Quraniah Wacana Ukhuwah dan Surah Luqman sebagai surah temanya. 
Program yang amnya dibuat untuk mengisi masa lapang ahli PMMM sempena cuti musim panas dan mencungkil bakat-bakat baru yang terpendam tersebut mempertaruhkan  pertandingan forum,pidato bahasa Arab,tilawah dan qiraat ,kuiz surah Luqman  dan  hafazan surah Luqman sebagai pertandingan bonus. 